Majlis ini diadakan di Masjid Habib Hassan Al Attas,Johor Bahru.Sebahagian pelajar khususnya kelas kitab akan menyertai majlis ini dua kali sebulan iaitu pada setiap hari Isnin malam Selasa minggu pertama dan minggu ketiga.Aktiviti ini bertujuan mengeratkan hubungan pelajar dengan orang-orang soleh yang hadir di samping membentuk pengukuhan jiwa dengan zikir-zikir dan doa-doa yang telah diwariskan sejak turun temurun oleh para salafus soleh yang terdahulu.Semoga dengan menyertai majlis-majlis seperti ini dapat memperoleh keberkatan daripada Allah SWT dan semakin mekar kasih sayang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.