Bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam usaha memperkenalkan sebuah Institusi pengajian yang akan menjadi platform kepada para pencinta Al Quran dan ilmu syariat.
Al Quran merupakan sumber ilmu yang teragung. Justeru, keagungannya menjadikan sesiapa sahaja yang mempelajari apatah lagi menghafalnya akan memiliki kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT.
Oleh itu, penguasaan ilmu Al Quran dan syariat seharusnya sejajar dengan budi pekerti dan akhlak yang terpuji. Pada masa yang sama, ilmu ini perlu dipraktikkan dan disampaikan kepada masyarakat bagi menjamin kelestarian agama Islam.
Lantaran itu,Madrasah Tahfiz Abu Ayyub Al Ansari menjadi aset penting dalam melahirkan ulama dan aulia yang Hafiz dan Alim serta mampu memberi manfaat kepada agama juga masyarakat.
– Ilmu Quran, Sunnah, Fardhu ain, Akhlak, Adab, Dakwah dan Fikir
modul pengajian bersanad
– kaedah pengajian sesuai dengan zaman kontemporari
pembentukan seorang dai bermula dari huffaz, dibentuk menjadi alim, dan seterusnya bermanfaat kepada ummah