(no-name)

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67. Hari ini, kita memperingati perjuangan para pahlawan dan pejuang kemerdekaan, serta merayakan semangat perpaduan dan kekuatan yang membentuk negara kita yang tercinta. Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan pada Khamis 29 Ogos sehingga 31 Ogos yang diadakan di Madrasah Tahfiz Abu Ayyub Al-Ansari telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik. Pelbagai acara telah diadakan seperti Pertandingan Tamsiliyah,Pertandingan Hafazan Surah Al-Baqarah dan aktiviti Sukaneka yang menceriakan suasana. Aktiviti seperti tamsiliyah(lakonan),mencari gula dalam tepung dan tarik tali telah menyaksikan para pelajar bersatu dalam kegembiraan dan dapat bekerjasama dalam kumpulan.

Lihat Aktiviti Seterusnya